Friday, February 8, 2013

Syukur Kepada Allah

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        


Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu maklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami   akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) sesungguhnya azabKu sangat pedih.

-Ibrohim (S14:A7)

Berpandukan petikan ayat di atas, maknanya bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan adalah Wajib hukumnya. Kalau tak wajib takkan yang ingkar dari bersyukur diberi amaran dengan azab yang sangat pedih.

Apabila kita balik ke rumah setelah selesai urusan di luar rumah, bersyukurkah kita bila tengok isteri & anak-anak selamat dalam peliharaan Allah. Apa yang kita buat tanda syukur?

Apabila seorang isteri menerima kepulangan suami dari bertugas, didapatinya suaminya selamat dalam peliharaan Allah, apa si isteri lakukan tanda syukur.

Apabila kita berkenderaan samada dengan kereta, bas, tren, fly, apa yang kita lakukan bila sampai destinasi setelah perjalanan kita lancar tanpa kemalangan, tanpa kerosakan dan tanpa sebarang kesulitan. Apa yang kita lakukan tanda syukur?

Setelah kita makan dengan kenyangnya, apa yang kita lakukan tanda syukur?

Tahap syukur yang tinggi, ambil wudu' dan solat 2 rakaat tanda syukur kepada Allah setiap kali selesai aktiviti.
Atau setidak-tidaknya, yang pulang mudah ucapkanlah kalimah:-
  
Di samping itu datangkanlah ke dalam hati sedikit doa minta nikmat itu Allah kekalkan buat kita hingga ke akhir hayat..... 

-Jumaat-
27/Rabiul-Awal/1434H 



Friday, June 29, 2012

EURO OH EURO



Euro 2012…                                                                                                                  
Orang Mat Saleh, orang Yahudi bertepuk sorak untuk pasukan negara masing-masing memberi semangat dan sokongan untuk menang bola EURO. Tak kiralah Euro tahun berapa pun.                                                                                                                                                           Mereka cat muka, warnai rambut, corakkan tubuh badan untuk bergembira berpesta yang dikatakan datang secara lompat 4 tahun sekali. Mereka lakukan kerana sokong pasukan negara sendiri, taksub untuk pasukan sendiri….tak apalah..dah memang negara mereka..

Rakyat Malaysia tak mahu ketinggalan. Apa yang Barat buat, kita mesti ikut. Biarlah jadi Pak Turut pun, yang penting kita “maju” macam Barat. Ada "tamaddun"...

Kita sokong pasukan Euro, kita warnakan rambut, kita cat muka, kita bersengkang mata, buat tayangan terbuka, kononnya menyokong pasukan kegemaran. Artis dibawa sama sebagai penarik, Taksubnya rakyat Malaysia kepada pasukan negara yang pernah menjajah Tanah Melayu dan Asia Tenggara.

Kita sokong mereka, taksub hingga bergaduh sesama sendiri, mereka tak kenal pun kita, mereka tak peduli pun kita, bukan 1 ugama pun… 1Malaysia pun bukan…tapi kita taksub gila-gila, bersengkang mata, berjaga malam, sanggup berembun di tempat terbuka tonton layar gergasi… 1Malaysia diperbodohkan….

Bukanlah satu dosa …
bukan juga satu kesalahan…                                                                                            
Tapi berpada-padalah…..hiasilah sengkang mata dengan Tahjud….Pengacara TV pun, cananglah rakyat buat Tahjud…setidak-tidaknya ketika masa rehat separuh masa….Bukannya lama nak bertahjud…. Kadar 10 minit sahaja…

Renung-renungkanlah…1Malaysia….

Jumaat
9-Syaaban-1433H

Monday, May 7, 2012

Bangga Ingat Nama Pemain EPL??

Mengetahui nama-nama pemain bola Mat Saleh menjadi satu kebanggaan bagi masyarakat kita khususnya umat Islam Malaysia yang mengikuti setiap perkembangan bolasepak dunia khususnya Liga Inggeris yang dinamakan EPL.
Sesetengah tu siap tahu mana negara asal pemain, umur pemain, harga pemain, ahli keluarga pemain....
Nama-nama tu pulak sebenarnya nama2 yang susah, nak eja nama pun kita tak reti...

Tapi menjadi satu kebanggaan yang teramat bagi kita tahu perkembangan mereka....kalau kita tak tahu nama2 pemain tu kita dianggap ketinggalan, sesuatu yg mengaibkan.....

Tak ada ke perasaan malu kepada diri sendiri, bangga menghafal nama2 pemain EPL dan status, sedangkan nama2 Nabi kita tak tau....Sahkan nak ingat...tau pun tidak.....Jangankan nama2 Nabi, nama2 Rasul yang 25 tu pun belum tentu tau atau ingat....sedangkan nama2 Rasul tu nama2 mudah, nama2 melayu yg biasa kita dengar....

Bukanlah jadi satu kesalahan untuk tahu, hafal dan ingat nama2 pemain bola Mat Saleh tu.... tapi biarlah kita tahu,hafal & ingat nama2 Rasul Allah.... lebih elok kita tahu kisah sejarah Rasul2 sebelum kita sibukkan diri utk tau kisah2 pemain bola Yahudi....

Walahua'alam
  
Isnin
15-JamadilAkhir-1433H

Sunday, April 29, 2012

Hampirkah kita kepada Allah??

ALLAH MAHA WUJUD

Allah itu Wujud...tapi kita tak nampak Dia...
Allah itu amat hampir kepada kita...tapi kita tak mampu memandangNya...

Arus elektrik itu ada.... kita tak nampak.... tapi kita percaya dan yakin adanya arus elektrik dan tidak berani menyentuh dawai yang ada arus.... betapa yakinnya kita kepada wujudnya arus itu.....

Air minuman amat manis rasanya... kita yakin ada gula dan banyak kandungan gulanya...walaupun kita tak nampak gula itu tetapi kita amat yakin adanya gula di dalam suatu minuman...takut kepada diabetes..

Kuah kari terasa masin....kita tak nampak garamnya...tapi kita yakin di dalamnya banyak kandungan garam.....takut kena darah tinggi...

Kita nampak makhluk dan objek ciptaan Allah...  Kita nampak bulan bintang, kita pasti bukan manusia yang menciptanya... kita nampak gunung ganang... tak siapa mengaku membinanya.... kita nampak langit yang menjadi teduhan kita....orang gila pun tak kata dia membinanya...
Yang jelas semua objek itu ada penciptanya... tiada yang tercipta tanpa penciptanya.

Melihat kepada objek-objek ciptaan Allah........dekatkanlah hati kita kepada Allah....

ALLAH MAHA DEKAT

Dekatnya Allah kepada kita...tapi kita tak mampu melihatnya....

Kita berada di bumi...tapi kita tak nampak bumi.. yang kita nampak adalah objek-objek yang berada di atas bumi...kita nampak gunung-ganang, bukit-bukau dan hutan belantara...kita nampak sungai dan lautan... tapi kita tak nampak bumi kerana kita sudah berada amat hampir kepada bumi..kita sendiri berada pada bumi...

Kita berada di dalam rumah kita...bermakna kita hampir kepada rumah kita...kerana terlalu dekat maka kita tak nampak lagi rumah kita...yang kita nampak hanyalah perabot, kipas, lampu dan sebagainya...hakikatnya kita tahu kita berada di dalam rumah....

Kita pegang satu objek ataupun tulisan pada buku...kita nampak dan kita boleh baca...dekatkan objek atau tulisan kepada kita dan kepada mata kita....semakin dekat kita semakin tak nampak dan bila dirapatkan kepada mata kita dah tak tahu apakah objek yang amat hampir itu kepada kita...

Allah itu amat dekat kepada kita dan kita tak mampu melihat ZatNya...
Maka dekatkanlah hati kita kepadaNya....tingkatkan amal soleh....pertingkatkan ibadah solat...sementara roh dikandung jasad....

7-JamadilAkhir-1433H

Monday, April 23, 2012

Pinjaman Pendidikan Anak ... Siapa Wajib Bayar??

Kos pendidikan untuk anak-anak amatlah tinggi... kosnya akan terus meningkat bersama peredaran masa.


Pinjaman untuk membiayai kos pendidikan menjadi satu tradisi. Ada yang buat pinjaman kerana memang perlu untuk meneruskan pengajian. Ada yang buat pinjaman kerana tradisi masyarakat, kerana orang lain meminjam maka kita juga perlu meminjam.


Biasanya perjanjian pinjaman adalah di atas nama pelajar. Maka secara hitam putihnya pelajar perlu membayarnya kepada pembiaya.


Rasionalnya, selagi seorang anak itu belum berdikari, bermakna segala nafkah untuknya adalah menjadi kewajipan ibubapa. Begitu jugalah dengan perbelanjaan pendidikan anak-anak, wajib bagi ibubapa menanggung segala perbelanjaan. Sekiranya pinjaman dibuat untuk pembiayaan, maka wajib bagi ibubapa membayarnya, bukan anak yang patut membayarnya setelah taat pengajian.


Melainkan seorang anak itu sudah berdikari, sekiranya dia membuat pinjaman untuk membeli rumah,kereta atau pinjaman peribadi, ketika itu wajib empunya diri menanggungnya.


Walaubagaimanapun, mungkin terdapat kelonggaran untuk si anak menjelaskan hutang pengajian mengikut budi bicara masing-masing...tapi jelasnya bukanlah wajib bagi anak menjelaskannya....


Wallahu'alam...

Ithnin
1-JamadilAkhir-1433H

sicilian-najdorf.blogspot.com

Tuesday, April 17, 2012

Solat Disiplin Kehidupan

Pada solat terdapat cara hidup untuk amalan serta cara hidup yang ada disiplin - yang tentunya menjamin kejayaan hidup dunia dan akhirat.


Imam:
Imam bermaksud pemimpin. 
Imam atau pemimpin mestilah orang Islam. Tidak sah jika bukan Islam, malah haram jika bukan Islam.
Imam atau pemimpin mestilah dari kalangan orang lelaki. Tidak boleh kaum wanita. Kecuali dalam satu jemaah itu tiada lelaki atau ada lelaki tapi tiada yang akil baligh, bolehlah wanita menjadi imam atau pemimpin. Tetapi di zaman sekarang sudah ramai pemimpin dari kalangan wanita. Sudah banyak negara meletakkan wanita sebagai Perdana Menteri mahupun Presiden. Ini menyalahi Disiplin Solat dan membawa kita ke arah kehancuran.
Wanita menjadi pemimpin dalam pertubuhan, organisasi, sekolah, bank dan lain-lain sudah menjadi satu fenomena biasa. Disiplin solat menunjukkan wanita tidak boleh jadi pemimpin walau sebijak mana sekalipun tetapi boleh menjadi penasihat kepada pemimpin lelaki supaya bahtera hidup tidak terpesong, sebagaimana solat wanita yang menjadi makmum boleh menegur kesilapan Imam mengikut tatacara yang ditentukan.




Niat:
Mula solat pastinya dengan niat. Semua perbuatan atau amalan pasti ada niat. Tak kira samada memang dah lama berniat untuk lakukan sesuatu, atau tiba-tiba terniat di hati untuk melakukannya.
Jika melakukan sesuatu tanpa niat, tentunya orang itu tidak siuman atau kanak-kanak kecil yang belum berakal.


Takbirotul-Ihram
Bermula Takbirotul-Ihram bermakna segala apa yang halal dilakukan sebelum solat menjadi haram sehinggalah selesai solat. Tujuannya adalah untuk fokus kepada solat, yang membawa maksud memberi sepenuh tumpuan kepada sebarang kerja yang dilakukan bagi memastikan hasil yang cemerlang serta kejayaan.
Segala yng diharamkan di dalam solat termasuklah berkata-kata, ketawa, sengaja batuk, mengingati perkara-perkara yang telah lepas, merancang perkara-perkara yang ingin dilakukan selepas solat dan lain-lain. Walau sedetik kita mengingati perihal diluar solat, ianya adalah haram dan berdosa. Sebagai hamba Allah yang lemah, janganlah terus beredar apabila selesai solat...luangkan masa untuk beristighfar mohon keampunan di atas kelalaian dan kelemahan kita semasa solat.


Banyakkan kerja, kurangkan berkata-kata
Rukun solat yang perlu kepada berkata-kata hanyalah al-Fatihah dan Tahiyyat-akhir. Perkataan lain semuanya sunat sahaja. Rukun yang lain semuanya melibatkan perbuatan atau amalan seperti rukuk, i'tidal, sujud dan sebagainya. 
Maksud tersirat disebaliknya ialah kita dikehendaki banyakkan buat kerja daripada bercakap. Tetapi sekarang ini orang lebih banyak cakap dari buat kerja, malah kadang-kadang cakap lebih tapi kerja tak jalan.


Buat kerja dulu, cakap kemudian
Setiap pergerakan diikuti dengan lafaz takbir AllahuAkbar. Pastikan rukuk dahulu diikuti dengan takbir. Sujud dahulu dan diikuti dengan takbir. Bukan lafaz dahulu baru perbuatan.
Hikmahnya...buat kerja sampai berhasil, barulah nak berkata-kata atau nak bercerita. Bukan cakap sembang dulu baru nak buat kerja.


25-Jamadil-Awal 1433H

Friday, April 13, 2012

Muqaddimah HarumanRuhani


Salam Sejahtera kepada semua...
Hari Jumaat dipilih sebagai hari mulanya coretan ini bersamaan 21 Jamadil-Awal 1433H.

Teks yang akan dicoretkan diruangan ini diharap akan diikuti oleh masyarakat dari hamba-hamba Allah. Dengan harapan apa yang akan dipaparkan boleh dijadikan panduan serta pedoman untuk mengharungi liku-liku hidup di alam yang penuh dengan ujian dan tipu daya. 

Di samping itu, harapan penulis, pengikut blog ini akan diberikan ganjaran yang sewajarnya oleh Allah swt.
Semoga apa yang akan disampaikan jelas hasil dari cetusan ilham dariNya dan apa yang tersilap adalah dari nafsu penulis semata-mata.

Segala komen akan menjadi panduan kepada penulis untuk tulisan yang lebih baik di masa hadapan.

Walahu'alam